My Add

Wednesday 12 December 2012

Dakwaan tiada dokumen pengenalan diri disifatkan pembohongan besar

PUTRAJAYA, RABU, 12 Disember, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan kononnya terdapat 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri sebagai ``pembohongan besar''.

Katanya, ini kerana hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil yang berhimpun anjuran pembangkang di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.

"Jumlah permohonan yang disampaikan kepada JPN hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan itu pula, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

"Ini sekaligus menunjukkan hujah mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana yang tidak ada kewarganegaraan merupakan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya ini untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis Pendaftaran Perkahwinan Beramai-ramai Pasangan Bukan Islam bertemakan "Raikan Cinta 121212" di JPN hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment