My Add

Tuesday 18 December 2012

DAP beri kuasa ahli keluarga

Oleh SYUKRI SHAARI

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012: DAP merupakan satu-satunya parti di dunia yang memberikan kuasa kepada ahli keluarga yang mengemudi parti itu menentukan senarai jawatankuasa tertinggi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu terbukti apabila pelantikan Timbalan Pengerusi, Naib- naib Pengerusi serta Setiausaha Agung DAP ditentukan oleh pasangan anak-beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Katanya, pelantikan Karpal Singh sebagai Pengerusi DAP yang tidak ditentukan oleh ahli-ahli akar umbi juga menjadi bukti bahawa parti itu bukanlah demokratik seperti diuar-uarkan.

“Ini menunjukkan sekiranya mereka berkuasa nanti, saya yakin negara kita akan lebih mengamalkan sistem autokratik, tidak lagi demokratik dan tidak telus.

“Perkara ini telah terbukti dengan apa yang mereka lakukan pada hari ini dalam soal pelantikan jawatankuasa tertinggi parti itu sendiri yang telah ditentukan oleh bapa dan anak," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment