My Add

Friday 7 December 2012

DAP dicabar guna pengaruh desak kerajaan Pas Kelantan

KUALA LUMPUR, KHAMIS. 06 Disember, 201: DAP dicabar menggunakan pengaruhnya dalam pakatan pembangkang untuk mendesak Kerajaan Pas Kelantan menghapuskan undang-undang kecil yang melarang pendandan rambut bukan Islam mengambil pelanggan berlainan jantina.

Ahli Dewan Negara, Senator Chew Lee Giok berkata, sehingga kini, tiada usaha serius dilakukan oleh pentadbiran kerajaan negeri Pas Kelantan untuk menangani kontroversi itu dan menyelesaikan perkara tersebut sepenuhnya.

"DAP tidak boleh berdiam diri dalam isu ini. Jika DAP memegang pengaruh dalam pakatan, mereka mesti menegaskan kepada Exco negeri Kelantan bahawa Seksyen 107 (2) undang-undang kecil Akta Majlis Tempatan dibatalkan," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Isu berkenaan timbul baru-baru ini ekoran beberapa pengusaha salon bukan Islam di Kota Bharu, Kelantan membantah peraturan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang mengasingkan kedai gunting mengikut jantina tanpa mengira agama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment