My Add

Friday 7 December 2012

DAP Pulau Pinang tolak tawaran, BN negeri kecewa

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
 PULAU PINANG, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Barisan Nasional (BN) negeri kecewa dengan keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang menolak tawaran membeli tapak projek perumahan rakyat (PPR) di Taman Manggis di sini.

Pengerusinya, Teng Chang Yeow berkata, keputusan itu telah menafikan peluang keemasan rakyat miskin di negeri ini memiliki rumah mampu milik yang selama ini langsung tidak dibina kerajaan negeri.

"Alasan penolakan mereka juga tidak munasabah. Sebenarnya semasa menerima deposit satu peratus daripada BN, mereka telah menerima deposit penuh daripada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri menolak penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin seperti yang diputuskan dalam majlis mesyuarat Exco semalam berdasarkan empat sebab. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment