DBP mahu jenamakan semula 105 judul buku agama
*ZAINUDIN Ibrahim (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Awang Sariyan selepas menandatangani Memorandum Persefahaman Antara JHEAIK dan DBP di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU, SELASA, 11 Disember, 2012: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menjenamakan semula sebanyak 105 judul buku agama terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (JHEAIK) bagi membolehkan buku itu menepati kehendak pasaran.
Ketua Pengarahnya, Dr. Awang Sariyan berkata, nilai-nilai komersial juga perlu diserapkan dalam penerbitan buku agama agar isi yang terkandung di dalamnya mampu sampai kepada masyarakat.
Menurutnya, kerjasama bagi penerbitan semula buku-buku agama itu sesuai dengan masanya berikutan minat tinggi masyarakat terhadap buku bercorak sedemikian. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment