My Add

Tuesday 18 December 2012

Derita ibu tunggal beranak lapan


*NAHATUL SHIMA (kanan) melihat pokok besar yang menghempap rumahnya di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU, ISNIN, 17 Disember, 2012: Seorang ibu tunggal terpaksa menerima hakikat apabila sebahagian besar daripada rumahnya runtuh dihempap sebatang pokok jati di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini petang kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika hujan renyai-renyai yang menyebabkan pokok itu menghempap rumah berkenaan sehingga merosakkan keseluruhan dapur.

Lebih menyedihkan, ibu tunggal berkenaan, Nahatul Shima Seman, 43, hilang punca pendapatan apabila segala peralatan untuk membuat kuih yang terletak di dapur rumahnya itu turut tidak dapat diselamatkan.

Nahatul Shima berkata, semasa kejadian, dia tidak ada di rumah kerana keluar untuk membeli barang untuk membuat kuih di kedai runcit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, kejadian tersebut diketahuinya selepas mendapat panggilan daripada anak keempatnya, Nur Izzatul Farisya Zaidi, 11, yang memaklumkan rumah mereka telah dihempap pokok.

"Terkejut dengan perkhabaran itu saya terus bergegas pulang untuk melihat sendiri apa yang telah berlaku. Sampai di rumah saya dapati seluruh dapur rumah telah musnah.

"Walaupun dapur rumah saya musnah namun saya tetap bersyukur kerana semua anak-anak saya selamat kerana semasa kejadian, mereka semua berada di rumah ibu saya yang terletak berhampiran," katanya ketika ditemui di sini semalam. - KOSMO



No comments:

Post a Comment