My Add

Monday 10 December 2012

DJ buat panggilan palsu mohon maaf

SYDNEY, ISNIN, 10 Disember, 2012: Pengacara radio dari Australia yang membuat panggilan palsu sebuah hospital di London yang merawat isteri Putera William, Kate berasa sedih dengan kejadian jururawat hospital berkenaan yang ditemui mati.

Mel Greig dan Michael Christian dari stesen radio 2Day FM di Sydney sedang bersembunyi dan menjalani rawatan kaunseling sejak panggilan palsu yang menyebabkan Jacintha Saldanha membunuh diri berkata, berikutan kejadian itu pemilik stesen radio berkenaan turut membatalkan program mereka dan menghentikan sebarang panggilan palsu.

Greig berkata, dia cukup terkejut dengan kematian jururawat kelahiran India itu dan dia berharap dapat berjumpa dengan keluarga mangsa dan memohon kemaafan. - AFP

No comments:

Post a Comment