My Add

Tuesday 4 December 2012

Dr. Hasan boleh merayu, bersara awal - Tiong Lai

PUTRAJAYA, SELASA, 04 Disember, 2012: Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang digantung tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan dan diturunkan pangkat mempunyai pilihan untuk mengemukakan rayuan atau bersara awal.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Dr. Hasan ketika
ini sedang bercuti.

"Dr. Hasan telah diturunkan pangkat dan terpulang sama ada beliau mahu mengemukakan rayuan sebelum kita menentukan langkah  seterusnya.

"Selain mengemukakan rayuan atas hukuman yang diberikan, Dr. Hasan
juga boleh membuat permohonan untuk bersara lebih awal,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment