My Add

Friday 21 December 2012

Dua bas bertembung di Sudan, 33 maut

KHARTOUM, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Seramai 33 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua bas bertembung di kawasan luar ibu negara Sudan, di sini semalam.

Pegawai berkata, kemalangan itu berlaku apabila sebuah bas dalam perjalanan ke bandar Medani dari Khartoum cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum berlanggar dengan sebuah bas yang datang dari arah berlawanan.

Keadaan jalan sempit antara Khartoum dan Medani sering menyebabkan kemalangan dan penduduk tempatan menggelar jalan tersebut sebagai ‘jalan maut’. - DPA

No comments:

Post a Comment