My Add

Wednesday 12 December 2012

Dua bekas ahli Lembaga Koperasi didenda RM50,000 dan RM20,000

SEREMBAN, RABU, 12 Disember, 2012: Dua bekas ahli lembaga Koperasi Aristokrat Malaysia Berhad masing-masing didenda RM50,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah kerana mengemukakan diri sebagai koperasi sedangkan koperasi itu belum didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), empat tahun lalu.

Ahmad Fauzi Daud, 41 dan kakaknya Rosliana, 44 turut menghadapi hukuman penjara masing-masing enam bulan dan tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Hakim Datin M. Kunasundary bagaimana pun membenarkan denda dan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan kedua-dua tertuduh mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment