My Add

Sunday 16 December 2012

Dua beradik ditahan miliki senapang buatan sendiri

KUANTAN, SABTU, 15 Disember, 2012: Dua beradik ditahan kerana memiliki senapang buatan sendiri bagi memburu ayam hutan di kebun kelapa sawit di Sungai Ruan, Raub, semalam.

Polis turut merampas 88 biji guli yang digunakan mereka untuk menembak.

Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, hari ini, berkata kedua-duanya yang berumur 30 dan 40 tahun ditahan kira-kira jam 7 malam semalam selepas pihak polis mendapat maklumat orang awam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman satu tahun penjara atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment