My Add

Tuesday 25 December 2012

Dua beranak kuasai Tribute P. Ramlee
 *PEMENANG pertama, Marlin Mohd. Ali (kiri) dan anaknya, pemenang kedua, Raja Intan Suhaila Raja Hassan meraikan kemenangan dalam Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu P. Ramlee & Saloma ketika siri Jelajah Tribute P. Ramlee di kompleks beli-belah Plaza Angsana, Johor Bahru, kelmarin. - Utusan/Nasirruddin Yazid

JOHOR BAHRU, ISNIN, 24 Disember, 2012: Dua beranak melakukan kejutan apabila memenangi tempat pertama dan kedua Pertandingan Karaoke Lagu-Lagu P. Ramlee & Saloma dalam siri jelajah Tribute P. Ramlee yang diadakan di kompleks beli-belah Plaza Angsana, di sini semalam.

Suri rumah, Marlin Mohd. Ali, 42, dan anaknya, Raja Intan Suhaila Raja Hassan, 14, mengejutkan juri dan penonton serta mengetepikan 10 finalis lain dengan vokal yang padu sekali gus membawa pulang RM500 dan RM300 berserta hadiah iringan. = UTUSAN

No comments:

Post a Comment