My Add

Friday 14 December 2012

Dua maut Taufan Evan serang Samoa

APIA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Pegawai di Samoa mengesahkan dua kematian dilaporkan berlaku akibat Taufan Evan hari ini dan memberi amaran ribut akan kembali menyerang ibu negara Apia, yang sudah menyebabkan bekalan elektrik terputus dan banjir kilat.

Saksi berkata, taufan itu dianggap sebagai terburuk dalam beberapa dekad ini, yang melanda negara kepulauan Pasifik petang semalam, menyebabkan pokok tumbang, bekalan eletrik terputus dan banjir di pusat bandar.

Beratus penduduk tempatan terpaksa mencari perlindungan di pusat pemindahan apabila angin kencang memusnahkan kebanyakan kediaman. - AFP

No comments:

Post a Comment