My Add

Tuesday 4 December 2012

Dua peguam bela tarik diri

*R. Kathavarayan dibawa keluar dari mahkamah setelah peguam-peguam yang mewakilinya menarik diri semasa prosiding di Mahkmah Tinggi Shah Alam semalam.

Oleh SUWARNI MOKHTAR
SHAH ALAM, ISNIN, 03 Disember, 2012: Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya hari ini tiba-tiba menjadi kelam-kabut apabila dua peguam bela menarik diri daripada terus mewakili tertuduh keempat, R. Kathavarayan.

Peguam, Ravi Neeko mengemukakan permohonan tersebut dengan alasan keterangan yang diberikan oleh anak guamnya itu pada prosiding perbicaraan hari ini bercanggah dengan arahan yang diberikan sebelum ini.

Seorang lagi peguam yang mewakili tertuduh tersebut, Datuk Ng See Teong turut menyatakan permohonannya untuk menarik diri daripada mewakili saksi pembelaan keempat itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment