My Add

Wednesday 5 December 2012

Dua pemimpin BN cabar Guan Eng berdebat

GEORGETOWN, RABU, 05 Disember, 2012: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, hari ini dicabar untuk berdialog dengan dua pemimpin Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri bagi membuktikan dirinya bersih daripada rasuah.

Timbalan Ketua Pemuda BN negeri, Dr Shaik Hussein Mydin dan Ketua Penerangan Pemuda BN negeri, H'ng Khoon Leng memberikan tempoh selama tujuh hari untuk Guan Eng menetap masa dan tarikh untuk pertemuan yang akan diadakan di pejabatnya.

Mereka yang menerima notis tuntutan saman daripada Guan Eng kerana mendakwa Ketua Menteri itu melakukan perbuatan rasuah bersedia memohon maaf jika dia berjaya membuktikan dirinya tidak melakukan rasuah.

Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP itu diminta memohon maaf dan mengakui kesalahannya kepada rakyat Pulau Pinang - BH

No comments:

Post a Comment