My Add

Tuesday 11 December 2012

Dua rakyat Tibet mati bakar diri sendiri bantah pemerintahan China

BEIJING,  SELASA, 11 Disember, 201: Dua lagi rakyat Tibet membakar diri mereka sehingga mati sebagai bantahan terhadap pemerintahan China di wilayah Banjaran Himalaya itu, kata kumpulan hak asasi manusia, hari ini pada ketika media menuduh Dadai Lama mengubah agama Buddha di situ kepada `pemujaan syaitan.'

Kumpulan kempen antarabangsa dalam kenyataan mereka berkata, kedua-dua kejadian itu berlaku di wilayah Tibet menjadikan jumlah rakyatnya yang membakar diri mereka sejak 2009 ialah 95 orang.

Kunchok Pelgye, 24, membakar dirinya di daerah Aba, wilayah Sichuan apabila kebanyakan daripada 95 insiden berlaku di situ manakala Pema Dorjee, 23, membakar dirinya sendiri di wilayah Gansu. - AFP

No comments:

Post a Comment