My Add

Tuesday 18 December 2012

Duit RM2 juta lesap

Oleh MULLER ASEN
 
 *SEBAHAGIAN mangsa skim pelaburan beras menunjukkan laporan polis yang
mereka buat di Kuching semalam.

KUCHING, ISNIN, 17 Disember, 2012:Seramai 20 penduduk Kampung Menjau, Batu 21 dekat sini mendakwa kerugian wang tunai hampir RM2 juta selepas terperdaya dengan tawaran dividen lumayan sindiket skim pelaburan beras yang dianjurkan oleh seorang lelaki tempatan sejak dua bulan lalu.

Kesemua mangsa menyedari ditipu dalam skim berkenaan selepas mereka tidak menerima bayaran dividen dalam tempoh dua bulan sebagaimana dijanjikan oleh syarikat berkenaan.

Mangsa yang tidak berpuas hati tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong di sini semalam.

Sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Zeplin Uteh Jacob, 33, mendakwa menjalankan skim pelaburan beras menggunakan nama syarikat Dynamic Wira Marketing di Kota Padawan.

Menerusi skim itu, Zeplin menawarkan pulangan wang tunai atau dividen antara 50 hingga 90 peratus kepada mana-mana individu yang melabur dalam syarikat itu.

Lebih menarik mangsa tidak perlu membeli beras berkenaan iaitu beras jenama Lim Guan Seng seberat 10 kilogram (kg) sekampit. - KOSMO

No comments:

Post a Comment