My Add

Thursday 20 December 2012

Ekonomi Asia Timur dijangka naik

HONG KONG, RABU, 19 Disember, 2012: Bank Dunia meramalkan pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun di Asia Timur meningkat pada tahun depan selepas China tumbuh secara perlahan, namun, risiko-risiko tetap ada.

Salah satu risiko adalah kejatuhan teruk dalam pertumbuhan pelaburan dalam ekonomi kedua terbesar dunia (China).

Bank Dunia menyatakan, pertumbuhan ekonomi Asia Timur akan meningkat sebanyak 7.9 peratus pada tahun depan selepas tumbuh sebanyak 7.5 peratus pada tahun ini.

Dalam laporan Bank Dunia baru-baru ini, Asia Timur kekal berdaya tahan walaupun ekonomi global hambar dan dijangka menyumbang sebanyak 40 peratus kepada pertumbuhan global pada 2012, kata bank itu.

Laporan itu meliputi negara-negara seperti China, Indonesia dan Thailand. - AGENSI

No comments:

Post a Comment