My Add

Sunday 23 December 2012

Empat beranak rentung dalam kemalangan ngeri di Kemaman

KEMAMAN, AHAD, 23 Disember, 2012: Empat beranak rentung setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres lalu terbakar dalam kemalangan di Kilometer 126 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kemasik di sini awal hari ini.

Kemalangan ngeri itu meragut nyawa seorang guru, Sabirin Sulaiman, 50, dan isterinya Halina Saif@Saib, 40, serta dua anak perempuan mereka Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, keempat-empat beranak itu terperangkap di dalam kereta Kia Sephia yang mereka naiki, mengakibatkan kereta itu terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.

Katanya kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga terbabit dari arah Kuantan menghala ke Dungun dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh bas berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment