My Add

Saturday 15 December 2012

Empat lelaki Pakistan, Nigeria ditahan

Oleh ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Taktik empat lelaki warga asing daripada dua sindiket dadah membawa bahan haram itu dalam beg plastik kedai serbaneka untuk mengaburi pihak berkuasa, terbongkar apabila mereka dicekup dalam serbuan berasingan di ibu negara pada Ahad dan kelmarin.

Suspek masing-masing dua lelaki Pakistan dan Nigeria menggunakan beg plastik kedai serbaneka 7-Eleven untuk membawa dadah bagi mengelak dicurigai kerana kononnya baru pulang membeli barang di kedai berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Supritendan Adnan Azizon berkata, sindiket pertama didalangi oleh dua lelaki Pakistan yang bekerja sebagai jurujual pakaian, terbongkar setelah mereka ditangkap di tempat letak kereta di Jalan Munshi Abdullah pada pukul 9 malam Ahad lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment