My Add

Wednesday 5 December 2012

Enam lelaki Nigeria diberkas dalam beberapa serbuan di Lembah Klang

Oleh ANGELINA SINYANG
 KUALA LUMPUR, SELASA, 04 Disember, 2012: Usaha berterusan polis membanteras kegiatan penyeludupan dadah tidak sia-sia apabila berjaya melumpuhkan sindiket dadah antarabangsa yang aktif merekrut wanita tempatan dan negara jiran sebagai 'keldai dadah'.

Kejayaan ini berikutan penangkapan enam lelaki warga Nigeria dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang kelmarin.

Ahli sindiket yang menggunakan pas pelajar, pasport palsu dan pas lawatan sosial untuk tinggal di negara ini, amat dikehendaki polis kerana giat merekrut wanita tempatan dan asing dari Indonesia, Thailand serta Vietnam untuk membawa masuk dadah ke negara ini.

Wanita yang bersetuju menjadi 'keldai dadah' kepada sindiket itu menerima upah antara AS$2,000 dan AS$3,000 (RM6,000 hingga RM9,000) untuk membawa masuk dadah jenis heroin dari India dan Pakistan ke Malaysia sebelum diseludup ke negara lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment