My Add

Monday 17 December 2012

Enggan tarik balik kenyataan, ADUN Temiang digantung dari sidang DUN
 
SEREMBAN, ISNIN, 17 Disember, 2012: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor hari ini mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai keluar dewan selepas ADUN DAP itu enggan menarik balik kenyataannya.

Speaker yang membuat keputusan itu mengikut Peraturan 6(5) Peraturan Tetap dewan, turut menggantung Ng daripada menyertai sidang dewan selama dua hari termasuk hari ini.

Razak memutuskan demikian berikutan tindakan Ng yang enggan menarik balik perkataan 'jahat dan kotor' yang ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2013 pada sidang DUN di sini, hari ini.

Walaupun berkali-kali diminta untuk menarik balik kenyataan "jahat dan kotor" itu yang disifatkan Razak sebagai tidak sesuai digunakan di dalam dewan, Ng tetap berdegil sebelum diiringi oleh Bentara dewan untuk keluar meninggalkan dewan.

Persidangan dewan bersambung esok. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment