My Add

Thursday 13 December 2012

Exco: MPKB saman 2 remaja bukan Islam ikut peraturan

MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

 Takiyuddin Hassan
 KOTA BAHRU, RABU, 12 Disember, 2012: Kerajaan Negeri Kelantan mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menyaman dua remaja bukan Islam, yang didakwa melakukan tindakan ‘memalukan’ di sebuah taman di negeri itu baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak mempunyai kuasa yang diperuntukkan melalui undang-undang kecil taman.

Malah, katanya, undang-undang itu turut dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara yang mana orang bukan Islam juga boleh disabitkan kesalahan sekiranya melakukan tindakan tidak sopan di khalayak awam.

“Kita akui mengeluarkan saman (bukan Islam) dalam kes-kes tertentu tetapi bukan kes khalwat sebagaimana yang dinyatakan, apa yang kita buat berdasarkan undang-undang berdasarkan di bawah PBT yang dikuatkuasakan sejak 1986.

“Ia tidak terhad kepada orang Islam sahaja, tetapi setakat pegang tangan dan naik motor berpasangan kita tidak anggap tidak senonoh, tetapi kes di taman ini kami telah buat siasatan, kelakuan mereka keterlaluan di tempat awam, menjatuhkan maruah dan imej negeri dan masyarakat Kelantan, apa lagi ia dilakukan di khalayak ramai,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.

Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan dua remaja Cina ditahan kerana didakwa ‘berkhalwat’ berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra baru baru ini.

Tindakan tersebut sekali gus mencetuskan reaksi kurang senang dari pimpinan DAP termasuk Pengerusi Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Takiyuddin hairan sikap sesetengah pihak yang membangkitkan perkara tersebut sedangkan keluarga yang disaman tidak mahu memperbesarkan isu yang disifatkan memalukan.

Bagi tujuan itu, Takiyudin berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar memfitnah serta melaporkan berita secara tidak profesional.

Mengulas dakwaan mengatakan bahawa pegawai penguatkuasaan meminta rasuah, beliau berkata, sekiranya ada pihaknya meminta dibuat laporan polis supaya siasatan boleh dijalankan.

“Apa yang saya tahu, perkara ini tidak wujud, tetapi kita tidak pernah menyembunyikan pegawai yang bermasalah, jika ada laporkan kepada polis,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta Pemimpin Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan bagi mengelak diperangkap musuh. -Sinaar Harian 

No comments:

Post a Comment