My Add

Monday 24 December 2012

FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM1.5b tahun depan

MELAKA, AHAD, 23 Disember, 2012: Lembaga Kemajuan Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan pasar tani di seluruh negara meningkat 50 peratus kepada RM1.5 bilion menjelang akhir tahun depan.

Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata sehingga kini nilai jualan pasar tani mencecah RM1 bilion dengan 500 pasar tani di seluruh negara.

Beliau berkata sasaran itu mampu dicapai selaras hasrat Fama untuk menambah jumlah pasar tani kepada 1,000 di seluruh negara pada 2013.

“Pembukaan lebih banyak pasar tani ini juga dapat mengurangkan penglibatan orang tengah dalam memasarkan hasil atau produk pertanian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jualan istimewa musim perayaan Program Jimat Belanja Dapur Fasa 4 di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment