My Add

Sunday 16 December 2012

Filipina hargai bantuan kita

Oleh ILLAH HAFIZ AZIZ

*BRIGEDIER Jeneral Sanusi Samion menyampaikan kotak barangan makanan sebagai simbolik penyampaian bantuan kepada Liza Mazo di Lapangan Terbang Antarabangsa Davao, kelmarin. - BERNAMA

DAVAO, MINDANAO, SABTU, 15 Disember, 2012: Pengarah Wilayah II, Pejabat Pertahanan Awam Davao City, Liza Mazo melahirkan penghargaan terhadap kerajaan Malaysia yang tidak jemu menghulurkan bantuan kepada penduduk Filipina yang berada dalam kesusahan.

"Kerajaan Malaysia datang kembali menghulur bantuan kepada penduduk Davao City setelah menjadi negara pertama yang bertindak dengan kesukaran rakyat di sini pada 7 Disember lalu.

"Tindakan kerajaan Malaysia begitu menyentuh hati kami dan tidak cukup sekadar ucapan terima kasih terhadap hubungan yang melebihi dari persaudaraan ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan bantuan kemanusiaan Malaysia kepada Filipina di Lapangan Terbang Antarabangsa Davao di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment