My Add

Saturday 22 December 2012

Gaduh, dendam punca bunuh?

Oleh IFQDAR RAHMAN

 *MANGSA kes bunuh, Nor Roziah Zakaria
 JOHOR BAHRU, JUMAAT, 21 Disember, 20122: Perselisihan faham dan dendam dipercayai menjadi motif utama kes pembunuhan tragis Nor Roziah Zakaria, 25, yang ditemui dalam bungkusan plastik hitam di sebuah kereta berhampiran dusun Kampung Desa Idaman di Kulaijaya semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, mangsa yang merupakan ibu tunggal dua anak dan berasal dari Peringgit, Melaka itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum ditinggalkan di tempat duduk sebuah kereta Perodua Viva yang ditemui penduduk pada pukul 7.30 malam.

“Mangsa dipercayai mempunyai masalah dengan bekas teman lelakinya yang berusia 36 tahun yang mungkin terlibat dalam kes ini. Kita minta dia tampil segera untuk membantu siasatan.

“Polis akan membuat siasatan menyeluruh bagi kes ini," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment