My Add

Monday 17 December 2012

Gaji minimum tahun depan

Oleh Ainul Asniera Ahsan

HYDERABAD, AHAD, 16 Disember, 2012: Syarikat-syarikat multinasional (MNC) sudah bersedia untuk melaksanakan pembayaran gaji minimum sebanyak AS$300 (RM900) sebulan kepada pekerja-pekerja Malaysia mulai awal tahun depan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, meskipun ada rungutan pada awalnya namun mereka akur dengan keputusan kerajaan.

Lagipun, keputusan itu tidak membabitkan para pekerja asing di negara ini, menurut beliau.

“Kami sudah menjelaskan perkara ini secara terperinci bahawa Malaysia bukan lagi sebuah negara berorientasikan buruh, sebaliknya menawarkan kemahiran dan pengetahuan tinggi kepada pelabur asing," katanya dalam taklimat dengan para peneraju syarikat Malaysia yang beroperasi di sini.

Jelas beliau, kerajaan mempertahankan keputusan itu kerana langkah itu selari dengan matlamat negara untuk mencapai negara berpendapatan tinggi dengan peningkatan pendapatan perkapita kepada AS$15,000 (RM45,000) menjelang tahun 2020. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment