My Add

Sunday 23 December 2012

Ganesan, Hamidah buat laporan polis

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR

IPOH, SABTU, 22 Disember, 2012: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan membuat laporan polis berhubung pendedahan dua pemimpin DAP negeri yang menerima cetakan artikel blog dan cakera padat didakwa mengandungi gambar lucah beliau bersama seorang wanita.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi MIC Perak, hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira pukul 10 pagi ini hari ini.

Menurut Ganesan, penerbitan serta pengedaran cakera berkenaan dilakukan dengan niat jahat untuk mengaibkan beliau serta memfitnahnya secara jenayah.

"Saya membuat laporan polis ini supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam hal ini mengikut Seksyen 292 dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan atau lain-lain peruntukan undang-undang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment