My Add

Tuesday 11 December 2012

Gaza masih kekurangan kemudahan penjagaan kesihatan

GAZA, SELASA, 11 Disember, 012: Gaza City masih kekurangan bekalan perubatan, kelengkapan hospital dan doktor, kata ketua perkhidmatan kecemasan Hospital Al-Shifa' Dr Ayman Asahabani hari ini.

Katanya, pada hari biasa, purata 500 pesakit keluar masuk hospital itu dan jumlah ini meningkat hingga kepada 700 sehari ketika Israel melancarkan serangan selama lapan hari baru-baru ini.

"Kami kehabisan stok ubat ketika serangan itu dan dengan jumlah pesakit yang ada sekarang, bekalan perubatan yang ada tidak mencukupi," katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau berkata, unit kecemasan hospital itu hanya mempunyai 12 katil, empat doktor dan jururawat pada setiap syif dan Bernama mendapati katil yang digunakan agak usang kerana sering digunakan.

Sementara itu, ketua pasukan perubatan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Dr Alwi Abdul Rahman berkata, pasukannya memerlukan kira-kira RM5 juta lagi untuk menyediakan bekalan perubatan yang secukupnya.

Dr Alwi, yang juga ketua Unit Kecemasan, Hospital Selayang, Selangor berkata, beliau berharap rakyat Malaysia boleh membantu meringankan beban kewangan pasukannya dengan menghulurkan derma agar mangsa yang cedera dan mereka yang menghidap penyakit di sini, dapat diberi rawatan sewajarnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment