My Add

Monday 17 December 2012

Gempa bumi gegar Sulawesi, penduduk panik

JAKARTA, ISNIN, 17 Disember, 2012: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.1 pada skala Richter berlaku di luar pantai tengah Indonesia hari ini menyebabkan puluhan penduduk panik menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi berlaku pukul 5.16 petang (waktu Malaysia) kira-kira 160 kilometer di tenggara Gorontalo, Sulawesi pada kedalaman 18 kilometer.

"Gegaran berlaku di laut tetapi ia tidak mencetuskan tsunami," kata pegawai Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, Agung Utomo kepada AFP.

No comments:

Post a Comment