My Add

Thursday 20 December 2012

Gerakan militan bukan kes terpencil

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Dakwaan bapa kepada rakyat Malaysia yang mati ditembak pihak berkuasa Filipina pada Jumaat lalu bahawa kegiatan militan di rantau ini bukan kes terpencil, kini dilihat ada kebenarannya.

Satu sumber memaklumkan kegiatan militan yang cuba merekrut rakyat Malaysia sudah lama wujud dan kes yang terbaru melibatkan rakyat Malaysia iaitu Mohd. Noor Fikrie Abd. Kahar, 26.

Menurut sumber, terdapat markas latihan yang diwujudkan untuk merekrut anggota Jemaah Islamiah (JI) di selatan tanah air.

Katanya, hipotesis bahawa Johor menjadi lokasi paling strategik untuk membentuk anggota JI berikutan kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah antara Thailand, Singapura, Indonesia dan Filipina.

"Oleh kerana terbukti rangkaian JI Nusantara merentas sempadan negara maka salah satu cara berkomunikasi paling mudah ialah menerusi laman sosial melalui internet. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment