My Add

Thursday 20 December 2012

Grid Kuasa ASEAN siap 2018

Oleh NURSURAYA ZULKIFLI

MELAKA, RABU, 19 Disember, 2012: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memulakan kerja fizikal bagi Projek Grid Kuasa ASEAN antara syarikat tenaga Indonesia, Perusahaan Listrik Negara (PLN) pada awal tahun depan yang dijangka siap secara komersial menjelang 2018.

Naib Presiden (Penghantaran) TNB, Datuk Rozimi Remeli berkata, projek bernilai RM1.2 bilion itu akan merealisasikan perkongsian penggunaan tenaga elektrik antara Melaka dan Sumatera dengan pembinaan kabel elektrik bawah laut.

Menurutnya, TNB akan membina stesen janakuasa di Telok Gong, Masjid Tanah serta melakukan pemasangan kabel bawah laut hingga Pulau Rupat, Indonesia sejauh 53 kilometer dari Melaka.

"Pemasangan kabel bawah dasar laut bagi kedua-dua negara ini meliputi jarak keseluruhan sejauh 358 kilometer, di mana PLN pula akan melaksanakan projek itu dari Pulau Rupat ke Sumatera dan seterusnya ke stesen janakuasa elektrik Garuda Sakti, Pekan Baru. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment