My Add

Tuesday 18 December 2012

GTG elak guna ejen pembantu rumah - Perdasama

KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Disember, 2012: Kerajaan disaran menggunakan hubungan kerajaan dengan kerajaan (GTG) dalam pemgambilan pembantu rumah, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada ejen yang mengenakan bayaran terlalu tinggi.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir berkata seharusnya sistem itu diguna pakai kerana hubungan baik antara kedua negara, selain dilihat mampu membanteras elemen rasuah yang mungkin wujud dalam pengambilan pembantu rumah.

"Mungkin melalui government to government, mereka boleh datang sebagai pelancong dan mohon untuk menjadi pembantu rumah mengikut prosedur kedua-dua yang ditetapkan kedua-dua negara," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau mengulas mengenai polisi pengambilan pembantu rumah asing yang pada masa ini rumit dan menyusahkan majikan selain menguntungkan hanya orang tengah atau ejen. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment