My Add

Sunday 9 December 2012

Gudang barangan seramik musnah terbakar

KLANG, AHAD, 09 Disember, 2012: Sebuah gudang menyimpan barangan seramik musnah dalam kebakaran di Batu 4 1/2, Jalan Kapar, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 2.18 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira sembilan minit kemudian.

Beliau berkata, 28 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Andalas, Shah Alam dan Pelabuhan Klang mengambil masa kira-kira 45 minit untuk mengawal kebakaran. "Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan jumlah kerugian,” katanya kepada Benama ketika dihubungi. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment