My Add

Friday 7 December 2012

Guru Bahasa Inggeris raih RM7,000 menerusi novel Equilibria

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM- Kumpulan Utusan mencapai kemuncaknya apabila seorang guru, Sri Rahayu Mohd. Yusop dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua menerusi karya yang berjudul Equilibria

Kemenangan itu melayakkan beliau yang merupakan guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya, Ampang meraih wang tunai RM7,000, trofi dan watikah.

Sebanyak enam karya dipilih sebagai pemenang bagaimanapun, tiada pemenang yang layak memenangi tempat pertama.

Sri Rahayu ketika ditemui berkata, beliau mengambil masa selama setahun menyiapkan novel yang berkisar tentang kesan teknologi terhadap alam sekitar itu.

"Ini merupakan percubaan pertama dalam menghasilkan karya bergenre fiksyen sains dan saya benar- benar tidak menyangka ia dipilih sebagai pemenang dalam sayembara kali ini," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment