My Add

Saturday 22 December 2012

Habuan tanah: NGO ibu tunggal buat laporan polis
KUALA KANGSAR, JUMAAT, 21 Disember, 2012; Persatuan Ibu Tunggal Cekal Perak (PITCP) hari ini membuat laporan polis berhubung dakw aan pemberian tanah bernilai lebih RM30 juta di Kelantan kepada dua pemimpin DAP negeri seperti didedahkan sebuah blog baru-baru ini.

Kira-kira 100 ahli persatuan itu berarak sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sini kira-kira pukul 4 petang.

Pengerusi PITCP, Wan Safiah Munsurdin berkata, pendedahan blog berkenaan tentang pemberian tanah seluas 4,259.9 hektar kepada dua pemimpin itu amat serius dan perlu disiasat secara terperinci.

Malah katanya, tindakan itu amat mengguris hati kaum ibu tunggal kerana masih ramai golongan tersebut termasuk di Kelantan yang memerlukan pembelaan.

"Sepatutnya sebagai kerajaan yang kononnya membela nasib orang Islam, kerajaan Pas Kelantan membantu kaum ibu tunggal di sana yang sememangnya memerlukan bantuan dan sokongan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment