My Add

Monday 24 December 2012

Hadi tidak mungkin tarik amanat

BESUT, AHAD, 23 Disember, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diyakini akan tetap menyalahkan orang lain dan tidak sesekali menarik balik amanatnya yang menjadi pencetus kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

Malah, bekas Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Besut, Jusoh Idris percaya amanat itu akan terus digunakan sebagai 'azimat' untuk mengikat ahli dan pengikut Pas supaya setia kepada parti.

Jusoh yang berjuang selama lebih 30 tahun bersama Pas di daerah itu dan telah dipecat dari parti tersebut pada 1999 berkata, disebabkan sedar padah yang bakal berlaku jika menarik balik amanatnya, Ahli Parlimen Marang itu mengambil sikap berdiam diri.

"Di Besut misalnya, Abdul Hadi pernah mengeluarkan kenyataan kumpulan yang bersalah mengkafirkan ahli UMNO selama ini sudahpun dipecat dari parti dan menganggap masalah itu sudah selesai dengan sendirinya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment