My Add

Monday 10 December 2012

Hamas tolak iktiraf Israel

GAZA CITY, AHAD, 09 Disember, 2012: Pemimpin Hamas yang tinggal dalam buangan, Khaled Meshaal menolak sebarang kompromi berhubung wilayah Palestin atau mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

Beliau turut meminta rakyat Palestin bersatu sebagai satu bangsa yang kuat.

"Palestin adalah tanah air dan negara kita, dari Laut Mediterranean hingga ke Sungai Jordan dan kita tidak boleh melepaskannya walaupun seinci atau satu bahagian.

"Tentangan merupakan tindakan terbaik bagi mendapatkan kembali hak kita, disertai segala bentuk perjuangan 'politik, diplomatik, perundangan dan populariti' tetapi semua itu tidak akan berjaya tanpa tentangan,'' katanya selepas majlis ulang tahun ke-25 penubuhan Hamas, di sini semalam.

Ketika bercakap mengenai perpaduan, beliau berkata; ''Kita (penduduk Palestin) mempunyai sebuah pihak berkuasa, satu rujukan tunggal dan rujukan kita adalah Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), yang kita mahu satukan.''

Kenyataan beliau itu memberi isyarat terbaharu Hamas akan menyertai semula PLO dan merapatkan barisan dengan pertubuhan Palestin yang lain bagi menguatkan perjuangan rakyat Palestin. - AFP

No comments:

Post a Comment