My Add

Monday 17 December 2012

Hanya Barisan Nasional boleh diharap pertahan maruah negara{ PM

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN dan SANTE VILLIAMON

SANDAKAN, AHAD, 16 Disember, 012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang boleh diharap untuk mempertahankan maruah dan masa depan negara ini.

Beliau berkata, pakatan pembangkang bukan sahaja terbukti gagal menunaikan janji mereka, malah terdapat pemimpin mereka yang rekodnya tidak cemerlang semasa berada di dalam kerajaan BN sebelum ini.

"Kalau dilihat kepada falsafah Yunani, untuk menilai seorang pemimpin ialah waktu dia mempunyai kuasa. Jadi tengok masa dia menjadi Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan dan sewaktu dia menjadi Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan dalam krisis kewangan Asia, apa dia buat?

"Kita dapat bayangkan tidak ada banyak jasa budi dan kejayaan beliau kepada kita dan orang Sabah, jadi kalau pegang pada ungkapan itu, kita tidak boleh memberi kepercayaan kepada orang seperti ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Bersama Rakyat Parlimen Batu Sapi dan Upacara Pecah Tanah Masjid Lupak Meluas bernilai RM5 juta di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak; Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin; Pengerusi BN Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya dan pemimpin-pemimpin BN serta lebih 10,000 masyarakat tempatan.

Menurut Najib, perjuangan pemimpin pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata dan berjanji kosong demi kepentingan peribadi tidak akan memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Malah katanya, sikap pemimpin pembangkang yang sanggup memburukkan nama negara kepada dunia adalah tidak wajar kerana selain menjejaskan imej negara, tindakan itu juga boleh membawa kepada campur tangan asing di dalam negara.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan BN terbukti sebagai kerajaan terbaik dalam membangunkan negara dan membantu rakyat apabila melaksanakan pelbagai program kepada rakyat serta mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik.

"Dalam keadaan Eropah dibebani hutang dan pelbagai pergolakan di dunia Arab, Malaysia mencapai pertumbuhan yang mendapat pujian antarabangsa dan apabila saya berjumpa pemimpin Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini, mereka kata Malaysia satu-satunya negara mencatat pertumbuhan yang begitu baik," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, dalam pilihan raya umum akan datang, apa yang penting ialah memastikan kemenangan BN untuk terus meneraju negara, tidak mengira siapa calon dipilih. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment