My Add

Saturday 15 December 2012

Harussani dianugerah Bintang Tertinggi Perkasa

KUALA LUMPUR. SABTU, 15 Disember, 2012: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini dianugerah Bintang Tertinggi Perkasa, iaitu bintang paling atas dalam perlembagaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Anugerah itu disampaikan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di Dataran Astaka Tasik Titiwangsa di sini, sempena Perhimpunan dan Persidangan Agung Tahunan Perkasa Ketiga.

Harussani yang dipilih berdasarkan ketokohan dalam bidang agama dan menjadi individu keempat menerima anugerah itu, selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment