My Add

Sunday 16 December 2012

Helikopter terhempas: Gabenor daerah Nigeria, 5 lain terbunuh

LAGOS, AHAD, 16 Disember, 2012:: Sebuah helikopter tentera laut Nigeria terhempas di selatan delta dan meragut nyawa Gabenor daerah Kaduna, Patrick Yakowa awal pagi tadi.

Parti pemerintah Nigeria dalam satu kenyataan, berkata selain Gabenor Patrick Yakowa terbunuh dalam kejadian itu, lima yang lain turut terkorban.

"Gabenor bagi daerah Kaduna di tengah-tengah Nigeria terbunuh bersama lima yang lain apabila helikopter yang dinaiki mereka terhempas di daerah Bayelsa di Niger Delta.

"Parti Demokratik Rakyat Nigeri menyifatkan kematian Yakowa adalah kehilangan besar," katanya di sini, hari ini.

Dalam kenyataan itu, ia turut menyatakan bekas penasihat keselamatan kebangsaan, Jeneral Andrew Azazi turut terbunuh.

Sementara itu, jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Nigeria, Yushau Shuaib, berkata empat mayat sudah ditemui tetapi identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti. - AP

No comments:

Post a Comment