My Add

Friday 7 December 2012

Hentikan fitnah, beri laluan kepada Lynas beroperasi - Mashal Ahmad

KUANTAN, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Pengarah Urusan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata kini sudah tiba masanya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan semua tohmahan dan fitnah terhadap kilang itu.

Katanya, pihak terbabit sebaliknya perlu memberi laluan kepada Lynas untuk beroperasi setelah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 Nov lepas menolak permohonan tiga penduduk Kuantan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut, sekaligus membenarkan kilang itu beroperasi.

Mashal berkata, kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit bagi membuktikan bahawa kilang itu selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang ramai dan alam sekitar.

"Hampir dua tahun kami melalui kesusahan kerana fitnah tanpa henti dan tanpa bukti yang disebarkan oleh pihak anti Lynas bagi meracuni fikiran rakyat.

"Lynas terpaksa mengambil pelbagai usaha dengan membelanjakan jutaan ringgit untuk menangkis semua tohmahan, antaranya membayar kos pakar-pakar antarabangsa untuk mereka sediakan fakta-fakta kepada orang ramai," katanya pada sesi taklimat Lynas kepada media dan penduduk kampung sekitar Gebeng di tapak kilang Lynas di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment