My Add

Thursday 20 December 2012

Hidup susah jadi pendorong

MUAR, RABU, 19 Disember, 2012: Kesusahan hidup mendorong seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad di sini memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 yang diumumkan hari ini.

Riyadh Hussein, 15, dari Taman Perdana Bakri, dekat sini, keadaan itu menjadikannya tabah dan cekal apatah lagi selepas kematian ayahnya lebih 10 tahun lalu membuatkannya berazam untuk cemerlang dalam pelajaran.

Berkongsi rahsia kejayaannya, Riyadh berkata, selain memberikan tumpuan yang penuh terhadap pembelajaran dalam kelas, dia akan terus merujuk kepada guru jika ada subjek atau pengajaran yang kurang faham.

“Saya juga mengamalkan makanan tambahan seperti kismis dan kurma kerana khasiatnya dapat membantu untuk menguatkan daya ingatan. Menjelang peperiksaan, saya juga mengamalkan solat hajat agar dimudahkan ketika menjawab soalan dalam dewan peperiksaan," katanya ketika ditemui di sekolah tersebut di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment