My Add

Friday 14 December 2012

Hospital Pakar DEMC terima sijil akreditasi MSQH

 *OMAR Abd. Hamid (dua dari kiri) memegang sijil akreditasi MSQH yang 
diserahkan oleh Azman Abu Bakar (tengah) pada majlis penyerahan sijil MSQH 
kepada hospital berkenaan di Shah Alam, semalam. Turut hadir Muhammad 
Abdul Kadar Marikar (dua dari kanan).

SHAH ALAM, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Hospital Pakar DEMC (DEMC) di sini memperoleh sijil akreditasi daripada Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) kerana kecemerlangan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit.

DEMC merupakan antara 10 daripada 56 pusat perubatan swasta di negeri ini yang telah dianugerahkan sijil akreditasi tersebut.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, penganugerahan MSQH diberi kepada hospital yang memiliki kecekapan serta kualiti perkhidmatan cemerlang selaras piawaian akreditasi yang ditetapkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment