My Add

Tuesday 25 December 2012

Hujan berlarutan hingga awal Mac

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Disember, 2012: Hujan berlarutan dijangka berlaku sehingga awal Mac depan berikutan kehadiran musim Monsun Timur Laut yang bermula Oktober lalu.

Pegawai Meteorologi Jabatan Meteorologi, Khairul Najib Ibrahim berkata, luruan monsun berlaku mulai Disember ini yang mengakibatkan beberapa hujan lebat berterusan selama dua hingga tiga hari.

Beliau menjelaskan, luruan monsun berlaku apabila angin sejuk dan kering yang datang daripada kawasan Siberia bertemu dengan angin dari barat pasifik yang lembap dan panas.

Katanya, berikutan kejadian luruan itu, fenomena hujan berterusan berlaku di negeri-negeri pantai timur Semenanjung seperti Kelantan, Terengganu, Pahang selain Johor.

''Ketika fenomena luruan, banjir adalah salah satu faktor bencana alam yang boleh berlaku. Ini kerana kekerapan hujan sekejap-sekejap dan kadang kala lebat. Selain itu, ribut petir dan hujan pada sebelah petang dan awal malam dijangka berlaku sepanjang tempoh ini terutama di Semenanjung. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment