My Add

Tuesday 18 December 2012

Ibu tunggal kesal sikap putar belit kerajaan Selangor

SHAH ALAM, SELASA, 18 Disember, 2012: Persatuan Ibu Tunggal Selangor hari ini melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan negeri itu yang didakwa telah memutar belit isu berhubung elaun RM100 seperti yang dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

Pengerusinya Murtini Kasman berkata kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempersoal undi golongan ibu tunggal berkenaan pada PRU lepas, adalah terpesong daripada janji manifesto yang tidak menyebut langsung mengenai perkara itu.

"Ini satu lagi putar belit, dulu janji kalau menang semua dapat bantuan tidak kira parti tetapi sekarang lain pula jadinya. Kenapa perlu persoalkan undi, bukankah undi itu rahsia.

"Saya tidak nafikan ada yang tidak undi mereka tetapi sebagai kerajaan yang memerintah, sepatutnya bantuan diberi kepada semua yang layak seperti dijanjikan tanpa mengambil kira parti yang diundi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Murtini mengadakan pertemuan ringkas dengan wakil Pejabat Pilihan Raya Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu itu bersama kira-kira 30 anggota persatuan berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment