My Add

Tuesday 11 December 2012

Imigresen tidak pilih bulu dalam serbuan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 Disember, 2012: Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad menegaskan jabatannya tidak pilih bulu dalam menjalankan sebarang operasi dan serbuan terhadap agensi pekerja asing.

Menurut beliau, setiap operasi dan serbuan berdasarkan tiga asas utama iaitu aduan awam, risikan Imigresen serta kes-kes yang dikesan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, operasi dijalankan berdasarkan aduan awam tanpa sebarang prejudis.

"Dakwaan yang diterima Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berhubung operasi Imigresen bersifat selektif adalah tidak benar dan tidak berasas.

"Jabatan Imigresen tidak bertindak berat sebelah dengan mana-mana persatuan pekerja asing. Sesiapa pun yang dikesan melanggar etika dan peraturan Imigresen akan dikenakan tindakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment