My Add

Friday 14 December 2012

Impian Malaysia mara ke final Piala Suzuki AFF berkecai

*REAKSI Menteri Belia dahn Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) bersama ratusan peminat bola sepak ketika menyaksikan perlawanan Malaysia-Thailand di Setiawangsa malam ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin.

BANGKOK, KHAMIS, 13 Disember, 2012:: Impian Malaysia untuk melangkah ke final Piala Suzuki AFF berkecai sebentar tadi selepas kecundang 0-2 kepada Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai di sini.

Kedua-dua gol tuan rumah dijaringkan pada babak separuh masa kedua menerusi T Dangda pada minit ke-61 dan diikuti T Bunmathan pada minit ke-65.

Thailand mara ke final dengan agregat 3-1.

Malaysia gagal memecah kebuntuan untuk merapatkan jurang lebih-lebih lagi apabila terpaksa bermain dengan 10 orang.

Biarpun cuba mengasak sehingga minit-minit akhir perlawanan ternyata semua itu sudah terlambat buat skuad bimbangan Datuk K Rajagobal.

Sebelum ini, Malaysia dan Thailand seri 1-1 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. - BH

No comments:

Post a Comment