My Add

Monday 10 December 2012

Indeks jenayah di Sarawak turun 7.86 peratus

KUCHING, ISNIN 10 Disember, 2012: Indeks jenayah Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak bagi tempoh Januari hingga Disember tahun ini, berjaya dikurangkan 7.86 peratus berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, bagi tempoh tersebut sebanyak 9,456 kes dicatat berbanding 10,263 kes, tahun lalu.

"Penurunan kes sebanyak 7.86 peratus atau 807 kes, satu kejayaan namun, cabaran utama kita adalah untuk kekal menurunkan kadar jenayah dan meningkatkan kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran organisasi polis kontinjen Sarawak," katanya pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment