My Add

Tuesday 11 December 2012

India haram pakai jeans di sekolah elak gangguan seksual

NEW DELHI, ISNIN, 10 Disember, 2012:: Sebuah kolej di India hari ini mengumumkan pengharaman pemakaian seluar jeans, kemeja-T dan pakaian singkat untuk pelajar perempuan, bagi mengelakkan gangguan seksual, sekali gus menimbulkan kemarahan dan tidak puas hati di kalangan pelajar.

Menurut Kolej Wanita Adarsh di negeri Haryana, kira-kira 110 kilometer di barat New Delhi, pelajar akan didenda 100 rupee setiap kali mereka melanggar kod etika berpakaian.

“Kami mengenakan pengharaman ke atas seluar jeans dan kemeja-T kerana ia benar-benar kebaratan dan menjolok mata,” kata pengetua sekolah, Alaka Sharma. - AFP



No comments:

Post a Comment